Saturday, March 3, 2012

Cinta Buku!

I spent few hours in library yesterday untuk cari buku berkaitan FYP. Since first year selalunya berlegar kat kawan science books, tak pernah terfikir nak cari lagi dan lagi pasal buku-buku berkaitan makanan yang lain. Then sebab dah buat FYP berkaitan restoran, tinjaulah kawasan lain dalam library tu. Banyaaaaak sangat buku best! Oh my, kenapalah baru discover sekarang. Adoi adoi. So sebab cari buku research je dah lama sangat, tak dapat nak baca buku-buku resepi and makanan yang lain. Rambang mata sangat, nak pinjam tak larat nak angkut pula. So Ambil gambar je dulu. Suka suka! Enjoy the view first :P

Chocolate! Must read someday!!


I always love Pasta!

I'm gonna have this someday.

Asian baby?

Best ever?
Footnote: Kalau dah kahwin nak ada library sendiri kat rumah, boleh? *angan-angan mat jenin*


Wednesday, February 29, 2012

Ambil masa.


Ambil masa berfikir.
Ambil masa mengimbau.
Ambil masa mengenang.
Ambil masa muhasabah.

Ambil masa 
untuk mendidik hati.

Selepas terlalu banyak masa yang kau sia kan.

Apa yang berlaku lepas ni, aku redha.
Walau berat, aku redha.
Walau sakit, aku redha.
Walau terjejas keseluruhan hidup, aku tetap redha.

Sebab aku hanya seorang insan.
Dan aku percaya pada takdir Tuhan.
Apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan.

Tuesday, February 28, 2012

Ikan Keli.

Wonderful experience today. Bila lecturer cakap hari ni kena tangkap ikan keli hati dah seronok sangat dah. Dalam kepala dok bayang tangkap pakai tangan. Banyaaaklah. Kan dia ada sengat. Orang-orang pro je boleh buat macam tu. Tangkap pakai bakul la. Sangat leceh sebab air keruh, dok cedok cedok tak dapat juga keli nya. Last sekali baru dapat. 

Then ikan keli tadi rendam dalam ais + air untuk tidurkan dia. Biar kejap 5 minit lepas tu baru siang. Tapi kena cepat sebab kalau environment panas ikan-ikan tu mungkin bangun balik. So cepat-cepatla kitaorang gunting sengat dia and potong kepala dia. Susahnya pegang ikan licin kan.. Dah keluarkan semua isi perut dia, terus lumur dengan garam kasar + asam jawa sikit, gosok-gosok kat ikan kasi buang lendir kat kulit dia. Lepas tu baru boleh potong. Sebenarnya ikan keli ni kitorang nak buat ikan pekasam.

Ini mungkin mati sebab rendam dalam air asam jawa? Unsure -.-''


And now dah tahu kenapa ikan masin bentuk kupu-kupu. Cara potong je sebenarnya. Macam fillet ikan, cuma kita kena potong dari backbone dia and kerat kepala dia sekali. Cool la hari ni. Oh and, hari ni masuk rumah hijau (tempat tanam pokok-pokok). Kos kitorang kan selalu kat dapur je, mana tahu semua ni. Seronok-seronok. 


Footnote: And hari ni dengar kisah kawan yang mengalirkan airmata dalam labour room sebab terharu tengok anak pertamanya di usia 21 tahun :') Dengan aku sekali nak touching. 

It calls life.

How's life treating you? Mine was good. Currently good. A little bit disturbed here & there, but less depressed than I ever was before. And less word of "STRESS" been uttered from my mouth. Thank Allah, I have stop sighing. Semalam kena marah dengan supervisor. Bukan apa, sebab tanya banyak kali & blank. Tapi orang kata biarlah bodoh selama 5 minit kerana bertanya dari bodoh selama-lamanya. Bila fikir balik, inilah kehidupan. Turun naik nya sesuatu tak pernah mampu kita jangka. Bila fikir betapa sakitnya belajar kat sini, my mom selalu cakap "Kalau boleh tahan 3 tahun, takkan la setahun lagi tak mampu habiskan?" She's right. It was a long journey, and it will come to its end someday. Then another change to our phase of life. And life goes on. 


If God answers your prayers, He increases your faith. If delays, he increases your patience. If didn't, He knows you can handle. 

Allah kan tak membebani hamba-hamba Nya melainkan yang sepadan dengan kesanggupan mereka? When I was feeling down about how hard life was, it hits me back on the brain that how luckier I am than some other people. I have strong & healthy parents, still enough money to afford some necessities and here I am in university which most people only dream about it, never had a chance to go. I just have to put some more efforts to show how grateful I am with all these gift from Allah


When I saw how great some marriages are, I always say how eager I am about the idea of getting married at young age. I will have a companion who listens to me when I need something to share, a person who comforts me whenever life brings me down, a man who holds me whenever I'm falling, then I will have the experience of giving birth, seeing my baby's face will lessen my tiredness etc. Then I realized, this is what we called life. You will never know about your future undertaking. You have to take step by step to reach your goal, or your dream. It has been set up. Allah wants to surprise you. So I need to stop wondering, maybe?



Footnote: Dalam ujian dunia yang begitu berat, nikmat yang Allah beri masih belum mampu aku senaraikan dari jaganya aku diwaktu siang hingga lelapnya aku diwaktu malam. Tak terkira.



Monday, February 27, 2012

Get well soon

I'll be right back. I just need to settle up few things first. And I'm not in a good condition of health. Pray I'll get well soon.

Footnote: Dah taip a post yesterday but it's gone without notice. 

Thursday, February 23, 2012

I used to.

I used to have a blog and of course, a Facebook account. I left my blog with 140 followers with hundreds nostalgic blogposts. I left my Facebook with tons of precious friends in it. It's been months now. And still I have no guts to re-activate the blog and the FB. I wanna start a new phase of life. A new chapter of my book. 


Kata orang pandang ke depan terus, no turning back. But once in a while, perlu juga pandang balik ke belakang dan belajar dari segala kesilapan. Orang asyik tanya, kenapa deactivate Facebook? Sigh. Susah sangat nak jawab. Sebetulnya, tak ada jawapan terperinci mengenai itu. Tipulah kalau tak sedih. Di situ lah tempatnya berkongsi ilmu, dan di situ tempatnya melihat senyuman dan tawa rakan-rakan. Tapi apakan daya, hati ini sungguh lemah menghadapi hangatnya penggunaan kata-kata yang akhirnya tanpa disangka mencalarkan sekeping hati yang kian pudar warnanya. Kalau dulu orang kata lidah itu senjata paling tajam, tapi sekarang ni ayat-ayat yang ditaip lebih tajam rasanya. 

Sebenarnya terasa sunyi juga tak ada Facebook dan blog. Takde tempat nak curah perasaan dan takde kawan nak ajak membunuh kesepian. Tapi ditepis perasaan itu jauh-jauh. Saja nak uji diri sendiri. Alhamdulillah, rasanya boleh je kot bertahan takde FB. Kalau ada hal penting kawan inform je. Apa guna telefon kan? ;)

Blog lama dah privatized. Dan dah pun ditukar URL nya. Sayaaaaang sangat. Tapi biarlah yang lepas kita simpan kemas dalam kotak kenangan. Kali ni buka blog kalau boleh tak nak kongsi pun kisah yang terlalu peribadi, cukuplah sekadar sedikit tentang pelajaran dan yang lainnya tentang kekuatan. Nak sangat low-profile sampai nama betul pun tak nak guna. Haha. Tak ada yang istimewanya blog kali ini, cuma lebih kepada perkongsian dan coretan. Alhamdulillah hati kini lebih tenang dan tak ada Facebook? Well, I'm getting used to it. Hurray! \o/

Footnote: Kawan kata makin lain gaya penulisan. Rasa macam tu juga, maybe I'm writing on behalf of my alter-ego. ;)

Kacau.

Final year project and the whole experience of going through it for one year straight shivers me inside. It's a compulsory process before going straight to graduation. Thinking about it for a second can bring me down for another few minutes. But bila fikir balik, wait, I can do this. I just have to believe myself. Well everybody does, I have no reason to make excuses. Tolong la jangan biar feeling optimistik tu tiba-tiba terhakis sedikit demi sedikit. You can do it Dya. Pejam celik pejam celik. 6 tahun pengajian tinggi bakal berakhir tahun depan. You can do it! \o/




Footnote: Kadang-kadang bila 'disturbed' mula tak faham gaya penulisan sendiri.

Wednesday, February 22, 2012

Rescue me.

Like Cinderella we were taught that we are helpless unless a prince comes to save us. Like Sleeping Beauty, we were told that our life doesn’t fully begin, until Prince Charming kisses us. But here’s the thing: no prince can complete you. And no knight can save you. Only God can.


Footnote: Percaya Qada' dan Qadar. Percaya pada janji-Nya.


Tuesday, February 21, 2012

Doa hapus rasa sedih dan sifat malas.


Footnote: Semoga Allah makbulkan doa kita
:)


Kenapa?

Kenapa Allah uji macam ni?

Hidup memang penuh ujian hebat. Kadang jiwa tak tahan penat. Apatah lagi fizikal yang sentiasa tak larat dengan dugaan hidup yang sarat. Kaya atau miskin, cantik atau buruk, pandai atau bodoh, semuanya akan diuji Allah. Lihat saja para nabi yang diuji dengan kekufuran ahli keluarganya, tentangan hebat dari kaumnya, dicaci maki, dihina, dibakar, dihukum, dan macam-macam lagi la. Itu nabi tuu! Kita ni? MasyaAllah. Allahuakbar.


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)- Baqarah 214.

Tapi ujian ni berat sangat! 

Tiada yang terlepas dari ujian. Allah tak kejam. Dalam mathurat yang kita baca hari-hari pada surah al-baqarah ayat 286 "Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Kesakitan dari ujian tu memang kadang tak tertanggung rasanya. Tapi akhirnya kita sedar yang kita boleh lawan sakit tu. Dan akhirnya Allah kurniakan kemanisan dari ketabahan tadi. 


Orang akan cakap "Senang la kau cakap, kau tak kena." Memang ada benarnya. Orang yang tak melalui kesakitan yang itu takkan faham perasaannya. Perasaan itu berbeza-beza bagi setiap ujian yang berbeza. Tak boleh nak samakan tahap sakit. Bezanya adalah tahap taqwa. 


Ibarat putus cinta, ada orang berdendam, ada orang mendoakan kebaikan. Sakit putus cintanya sama, tapi cara nak atasi tu berbeza kan? Percayalah, pada setiap ujian Allah, ada seribu hikmah dibelakangnya. 

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)




Kenapa semuanya susah?

Tak ada benda senang dalam dunia ni. Nothing comes easy. Mana yang rasa susah bila kurang harta, dan rasa susah dalam pelajaran. Ya Allah, sungguh saya merasakan kedua-duanya. Melihatkan ibu yang membanting tulang memerah keringat melakukan apa terdaya kerana nak mengirim wang buat saya di universiti.  Melihat ayah yang gajinya habis membayar itu dan ini, sampai kadang rasa malu kerana ibu bapa kita mendahulukan anak-anak dari keperluannya sendiri. 

“Sesungguhnya Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Baqarah:155)

Kita pula si anak rasa terbeban dengan beratnya sesi pembelajaran. Kita fikir ibu bapa tak faham serabutnya jiwa, kacaunya otak. Belajar bertahun-tahun, diuji itu dan ini, dan memang sakit. Dulu selalu sangat mengeluh tapi sekarang (konon-konon dah optimis) rasa susah sikit je pujuk hati. Rasa berat sikit tasbih, tahmid dan takbir 33x. Fatimah R.A. puteri tercinta Rasulullah SAW pun diuji dengan kemiskinan, rasa penat nak uruskan rumah tangga. Tasbih, tahmid dan takbir tu la pesan nabi pada puteri dan menantunya. It works. 


Apa ganjarannya??

Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuagan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kami kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Surah Al-Imran:200)


Tapi kenapa lepas sabar, lepas berusaha, tetap tak dapat apa yang aku nak?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Takde orang nak faham, takde orang nak dengar!

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah ayat 129)

Footnote: Alhamdulillah for good and bad.

Patience


Footnote: Sabar itu indah, mujahadah bukan mudah. Redha bukan pasrah, tabah menghapus gundah.

Inilah Keluargaku

Hari pertama buka semester baru terus dapat peluang pergi dengar ceramah Ustazah Dato’ Siti Nor Bahiyah di Seberang Takir. Kebetulan Ustazah dan Ustaz Wan Akashah tengah ada road tour dekat Terengganu. Excited betul dapat jumpa tokoh dua orang ni depan mata. Ustazah cantik sangat. Dalam tv tengok macam besar sikit tapi sebenarnya biasa je. Seronok dengar lontaran suara ustazah, nak tidur pun tak jadi. Tajuk forum malam tu ialah “Inilah Keluargaku”.  Berkisarkan tentang keluarga, dan cara-cara membentuk keluarga yang diredhai Allah. Antara intipati forum:


5 jenis kasih sayang yang perlu diutamakan:
  1. Kasih sayang kepada Allah.
  2. Kasih sayang kepada Rasulullah SAW
  3. Kasih sayang antara suami dan isteri
  4. Kasih sayang kepada anak-anak
  5. Kasih sayang kepada ibu bapa.

Bagaimana nak pupuk kasih sayang sesama manusia kalau kita tidak membina kasih dan sayang kita kepada Maha Pencipta? Bagaimana pula kata sayangkan Nabi SAW tetapi tidak mengamalkan sunnah baginda? 
Antara sunnah-sunnah nabi SAW yang selalu dilupakan:

  •  Minum air, baca Bismillahirrahmaanirrahiim.
  • Tengok cermin dan baca doa.

Kasih dan sayang antara suami isteri pula sangatttttlah penting. Jangan mula-mula kahwin panggil ling-yang tapi lepas setahun main baling-baling melayang. Kasih sayang kepada anak-anak pula bukan manjakan ke apa, tapi didik mereka ni dengan ayat-ayat Allah. Kalau sayang jangan biarkan anak-anak keluar rumah tak menutup aurat, tak menjaga maruah diri sendiri dan keluarga dan sebagainya.

Pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya, (Rujuk Surah Luqman):
  • Didik anak-anak dengan iman & akidah yang mantap kepada Allah. Sebab itu kita dianjurkan sebaik anak lahir, azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri, supaya perkataan-perkataan pertama yang didengar ada pujian-pujian bagi Allah SWT.
  • Didik anak dengan akhlak yang baik. Luqman pesan pada anaknya, "Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri".
  • Contohi Luqmanul Hakim yang berpesan pada anaknya, "Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui".

Kasih sayang kepada ibu bapa sudah tentulah dengan menjaga air muka mereka. Jangan biadap. Jangan derhaka. Sebab itu dalam doa untuk ibu bapa, kita minta Allah kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani kita dan mendidik kita dari kecil sampai dewasa. Kita selalu rasa mak ayah tak faham kita tapi sebenarnya kita yang tak faham mereka. Kadang-kadang mereka marah tak tentu hala, sebab mereka penat. Penat susah payah cari duit besarkan anak-anak. Apa hak kita nak tinggikan suara pada ibu yang mengandungkan kita 9 bulan? Yang bertarung antara hidup dan mati sewaktu melahirkan kita? Kita selalu rasa mak ayah kita ni selalu bising-bising. Waktu kita dari tak kenal dunia, sampai kenal semua benda. Dari tak tahu apa-apa sampai penuh ilmu di dada, mak ayah tu la yang dok sabar dengan segala kerenah. Takkan lah mak ayah bising pun sikit tak boleh tahan kot? ;)


Footnote: Akan lebih mengerti bila kita ada anak kelak. Layanlah ibu bapa sebaik-baiknya, kerana itulah gambaran layanan anak-anak kita kelak.

Monday, February 20, 2012

Start anew.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

How's life treating you? Of course there are straight and steep ways. Life isn't perfect. It's not Jannah after all. I am felling better than better. I was struggling with emotions battle deep inside but then I realized, it's a choice to stay or to move on. And I chose to look forward. I am no longer the person I used to be. I love the way how the strength build up inside me and lead me to be optimist. I start to have different view (positive, I must say) on everything that happened in life. We plan, Allah plans. And His planning is the best indeed. 




The purpose of me writing a blog again is to start anew. To share something with you guys out there. Useful info, some opinions and thoughts, or something to generate and stimulate the brain to work. Keeping it to myself isn't fun at all. 

Footnote: I want to forget all the pain, hurt, anger and depression.. and just start anew :)