Ambil masa berfikir.
Ambil masa mengimbau.
Ambil masa mengenang.
Ambil masa muhasabah.
Ambil masa
untuk mendidik hati.
Selepas terlalu banyak masa yang kau sia kan.
Apa yang berlaku lepas ni, aku redha.
Walau berat, aku redha.
Walau sakit, aku redha.
Walau terjejas keseluruhan hidup, aku tetap redha.
Sebab aku hanya seorang insan.
Dan aku percaya pada takdir Tuhan.
Apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan.

No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by :)