Hari pertama buka semester baru terus dapat peluang pergi dengar ceramah Ustazah Dato’ Siti Nor Bahiyah di Seberang Takir. Kebetulan Ustazah dan Ustaz Wan Akashah tengah ada road tour dekat Terengganu. Excited betul dapat jumpa tokoh dua orang ni depan mata. Ustazah cantik sangat. Dalam tv tengok macam besar sikit tapi sebenarnya biasa je. Seronok dengar lontaran suara ustazah, nak tidur pun tak jadi. Tajuk forum malam tu ialah “Inilah Keluargaku”. Berkisarkan tentang keluarga, dan cara-cara membentuk keluarga yang diredhai Allah. Antara intipati forum:
5 jenis kasih sayang yang perlu diutamakan:
- Kasih sayang kepada Allah.
- Kasih sayang kepada Rasulullah SAW
- Kasih sayang antara suami dan isteri
- Kasih sayang kepada anak-anak
- Kasih sayang kepada ibu bapa.
Bagaimana nak pupuk kasih sayang sesama manusia kalau kita tidak membina kasih dan sayang kita kepada Maha Pencipta? Bagaimana pula kata sayangkan Nabi SAW tetapi tidak mengamalkan sunnah baginda?
Antara sunnah-sunnah nabi SAW yang selalu dilupakan:
- Minum air, baca Bismillahirrahmaanirrahiim.
- Tengok cermin dan baca doa.
Kasih dan sayang antara suami isteri pula sangatttttlah penting. Jangan mula-mula kahwin panggil ling-yang tapi lepas setahun main baling-baling melayang. Kasih sayang kepada anak-anak pula bukan manjakan ke apa, tapi didik mereka ni dengan ayat-ayat Allah. Kalau sayang jangan biarkan anak-anak keluar rumah tak menutup aurat, tak menjaga maruah diri sendiri dan keluarga dan sebagainya.
Pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya, (Rujuk Surah Luqman):
- Didik anak-anak dengan iman & akidah yang mantap kepada Allah. Sebab itu kita dianjurkan sebaik anak lahir, azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri, supaya perkataan-perkataan pertama yang didengar ada pujian-pujian bagi Allah SWT.
- Didik anak dengan akhlak yang baik. Luqman pesan pada anaknya, "Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri".
- Contohi Luqmanul Hakim yang berpesan pada anaknya, "Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui".
Kasih sayang kepada ibu bapa sudah tentulah dengan menjaga air muka mereka. Jangan biadap. Jangan derhaka. Sebab itu dalam doa untuk ibu bapa, kita minta Allah kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani kita dan mendidik kita dari kecil sampai dewasa. Kita selalu rasa mak ayah tak faham kita tapi sebenarnya kita yang tak faham mereka. Kadang-kadang mereka marah tak tentu hala, sebab mereka penat. Penat susah payah cari duit besarkan anak-anak. Apa hak kita nak tinggikan suara pada ibu yang mengandungkan kita 9 bulan? Yang bertarung antara hidup dan mati sewaktu melahirkan kita? Kita selalu rasa mak ayah kita ni selalu bising-bising. Waktu kita dari tak kenal dunia, sampai kenal semua benda. Dari tak tahu apa-apa sampai penuh ilmu di dada, mak ayah tu la yang dok sabar dengan segala kerenah. Takkan lah mak ayah bising pun sikit tak boleh tahan kot? ;)
Footnote: Akan lebih mengerti bila kita ada anak kelak. Layanlah ibu bapa sebaik-baiknya, kerana itulah gambaran layanan anak-anak kita kelak.
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by :)