Kenapa Allah uji macam ni?
Hidup memang penuh ujian hebat. Kadang jiwa tak tahan penat. Apatah lagi fizikal yang sentiasa tak larat dengan dugaan hidup yang sarat. Kaya atau miskin, cantik atau buruk, pandai atau bodoh, semuanya akan diuji Allah. Lihat saja para nabi yang diuji dengan kekufuran ahli keluarganya, tentangan hebat dari kaumnya, dicaci maki, dihina, dibakar, dihukum, dan macam-macam lagi la. Itu nabi tuu! Kita ni? MasyaAllah. Allahuakbar.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”- Baqarah 214.
Tapi ujian ni berat sangat!
Tiada yang terlepas dari ujian. Allah tak kejam. Dalam mathurat yang kita baca hari-hari pada surah al-baqarah ayat 286 "Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
Kesakitan dari ujian tu memang kadang tak tertanggung rasanya. Tapi akhirnya kita sedar yang kita boleh lawan sakit tu. Dan akhirnya Allah kurniakan kemanisan dari ketabahan tadi.
Orang akan cakap "Senang la kau cakap, kau tak kena." Memang ada benarnya. Orang yang tak melalui kesakitan yang itu takkan faham perasaannya. Perasaan itu berbeza-beza bagi setiap ujian yang berbeza. Tak boleh nak samakan tahap sakit. Bezanya adalah tahap taqwa.
Ibarat putus cinta, ada orang berdendam, ada orang mendoakan kebaikan. Sakit putus cintanya sama, tapi cara nak atasi tu berbeza kan? Percayalah, pada setiap ujian Allah, ada seribu hikmah dibelakangnya.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)

Kenapa semuanya susah?
Tak ada benda senang dalam dunia ni. Nothing comes easy. Mana yang rasa susah bila kurang harta, dan rasa susah dalam pelajaran. Ya Allah, sungguh saya merasakan kedua-duanya. Melihatkan ibu yang membanting tulang memerah keringat melakukan apa terdaya kerana nak mengirim wang buat saya di universiti. Melihat ayah yang gajinya habis membayar itu dan ini, sampai kadang rasa malu kerana ibu bapa kita mendahulukan anak-anak dari keperluannya sendiri.
“Sesungguhnya Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Baqarah:155)
Kita pula si anak rasa terbeban dengan beratnya sesi pembelajaran. Kita fikir ibu bapa tak faham serabutnya jiwa, kacaunya otak. Belajar bertahun-tahun, diuji itu dan ini, dan memang sakit. Dulu selalu sangat mengeluh tapi sekarang (konon-konon dah optimis) rasa susah sikit je pujuk hati. Rasa berat sikit tasbih, tahmid dan takbir 33x. Fatimah R.A. puteri tercinta Rasulullah SAW pun diuji dengan kemiskinan, rasa penat nak uruskan rumah tangga. Tasbih, tahmid dan takbir tu la pesan nabi pada puteri dan menantunya. It works.
Apa ganjarannya??
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuagan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kami kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Surah Al-Imran:200)
Tapi kenapa lepas sabar, lepas berusaha, tetap tak dapat apa yang aku nak?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Takde orang nak faham, takde orang nak dengar!
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah ayat 129)
Footnote: Alhamdulillah for good and bad.